Minggu 7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  •    Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat 

  •    Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.

  •    Membina bahan.

 

 

Bengkel Model Pemprosesan Maklumat

Model Pemprosesan Maklumat

  • Pendekatan pemerosesan maklumat bergantung kepada komputer sebagai model untuk pembelajaran manusia.
  • Seperti komputer, otak manusia menerima maklumat, melakukan operasi terhadap maklumat tersebut agar dapat mengubah bentuk dan kandungan, menyimpan maklumat, mengeluarkannya apabila perlu dan melaksanakan tindak balas terhadapnya.
  • Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan.
  • Semua proses ini dikawal dengan ‘program’ yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem.

 

  • Ramai orang membandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia dengan komponen komputer.
  • Maklumat dienkod atau dimasukkan, disimpan secara sementara dalam ‘ruang kerja’ dan disimpan dalam simpanan jangka panjang.
  • Setelah disimpan, maklumat boleh diperoleh kembali ke dalam ‘ruang kerja’ untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah.
 
  • Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, di mana maklumat di simpan atau dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan pengaliran maklumat. Kotak di atas rajah mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem berkenaan.

 

Sembilan Peristiwa Arahan Gagne yang berkaitan dengan Proses Pembelajaran Dalaman

 

Teori Pembelajaran Gagne

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

 

Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:

 

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne

  • Perhubungan - situasi rangsangan mesti diikuti oleh tindak balas yang dikehendaki
  • Pengulangan - pembelajaran akan berkesan dengan cara pengulangan dan peneguhan
  • Peneguhan - pembelajaran akan berkesan apabila diikuti oleh ganjaran

 

Lima Kategori Pembelajaran:

  • Maklumat verbal - kepelbagaian cara penyampaian maklumat, konteks bermakna, memberikan kue yang efektif untuk mengingat, dll
  • Kemahiran intelektual - membuat perbezaan, mengenal pasti jenis-jenis maklumat, memberikan definisi, memahami hukum dan aplikasi hukum atau peraturan untuk menyelesaikan masalah dll
  • Strategi kognitif - memberikan panduan atau cara belajar, berfikir, kreativiti dll
  • Sikap/perlakuan - memberikan pengharapan, maklum balas positif
  • Kemahiran motor - belajar dengan aktif dengan cara melakukan pergerakan untuk mempersembahkan maklumat, memngingati maklumat, galakkan latihan berfikir dll

 

 

Bahan Pembelajaran dan Pengajaran Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori Gagne

Contoh Rancangan Pengajaran Harian.

Aplikasi Model Pembelajaran Gagne berasaskan Model Pemprosesan Maklumat Gagne dalam Simulasi Pengajaran