Tajuk 1

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

 

  •    Menggunakan web, video, audio, dan imej

  •    Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

  •    Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

 

Menggunakan Imej Dalam P&P Bahasa Melayu

Langkah 1

Membuka enjin pencarian sama ada google, yahoo, sweetim dan sebagainya. Imej di bawah ini ialah salah satu contoh enjin carian yang paling popular pada abad ini. 

 

 

Langkah 2

Kemudian, setelah anda melihat imej enjin carian pilihan anda, anda boleh meneruskan langkah berikutnya dengan menaip kata kunci yang hendak anda cari. anda perlu menaip kata kunci berkaitan dengan imej yang hendak dipilih contohnya Hari Merdeka. setelah anda menaip kata kunci pilihan anda, klik pada butang "search" yang berwarna biru bersebelahan dengan kotak kata kunci. gambar di bawah menunjukkan kata kunci yang telah ditaip telah dapat dikenal pasti.

 

Langkah 3

Memilih imej yang hendak digunakan. Setelah kata kunci yang anda pilih telah dikenal pasti seperti gambar di bawah, anda akan disediakan pilihan imej yang pelbagai bentuk dan rupa dan boleh memilih mana-mana imej mengikut pilihan dan keinginan anda. Klik pada imej yang anda pilih.

 

Langkah 4

Anda boleh klik pada mana-mana imej yang anda suka sehingga menjadi seperti gambar di bawah. bagi melihat saiz imej yang lebih jelas lagi, anda boleh klik pada "full size" untuk melihat saiz imej yang lebih besar dan lebih jelas. Sekiranya anda mahu menyimpan imej ini dalam folder, klik "save this image" pada butang tetikus bahagian kanan dan anda boleh menyimpan imej ini dalam folder yang anda mahukan.

 

Menggunakan Audio Dalam P&P Bahasa Melayu

Langkah 1

Anda boleh menggunakan enjin carian pilihan anda sendiri. Contohnya seperti 4shared. Kemudian masukkan kata kunci lagu di ruang yang disediakan. Contohnya lagu rasa sayang.mp3

Langkah 2

Setelah paparan di atas pada langkah 1 dipaparkan, anda akan melihat beberapa pautan yang disediakan. Anda boleh memilih dan klikkan pada pautan lagu yang anda inginkan contohnya ungu rasa sayang mp3.

 

Langkah 3

Untuk memuat turun lagu ini, anda boleh klik pada pautan yang anda ingini. Contohnya Lagu Rasa Sayang Mp3 Download. Sila klik pada pautan muat turun untuk menyimpan lagu ini.

Langkah 4

Setelah paparan diatas kelihatan klik pada pautan muat turun fail sekarang dan tunggu 20saat untuk proses memuat turun fail.

 Langkah 5

Setelah fail siap dimuat turun, klik untuk menyimpan lagu didalam folder yang anda pilih. Selain itu anda juga boleh mendengar terus lagu yang dimuat turun itu seperti paparan dibawah.

 

 

Menggunakan Video Dalam P&P Bahasa Melayu 

Video adalah salah satu media yang amat penting dan amat sesuai digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. dengan adanya bahan bantu mengajar seperti ini, pembelajaran murid-murid di dalam kelas menjadi lebih menarik dan dapat menarik perhatian murid serta memudahkan mereka memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan oleh guru. 

Langkah 1

Taipkan www.youtube.com pada enjin carian anda sehingga gambar di bawah kelihatan. taipkan kata kunci yang anda pilih.

 

Langkah 2 

Setelah anda taipkan kata kunci contohnya upin dan ipin, anda akan melihat paparan seperti di bawah ini. Anda akan melihat pelbagai jenis video yang telah tertera pada skrin komputer anda. Klik pada mama-mana video yang anda ingin tonton dan pilih dan yang sesuai dengan tahap murid-murid anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dijalankan.

 

Langkah 3

Klik pada mana -mana video yang anda pilih sehingga kelihatan seperti paparan di bawah ini.

Langkah 4

Setelah anda mengenalpasti video yang anda pilih, anda boleh memuat turun video dengan menggunakan perisisan sepeti real player downloader atau internet download manager dan sebagainya. Klik pada bahagian kanan atas paparan video untuk memuat turun video dan seterusnya menyimpan video didalam folder yang dikehendaki.

 

Katalog Internet

1.

Tajuk         : Kepentingan Alam Sekitar

URL          : https://alamsekitar0.tripod.com/id8.html

Sinopsis    : Artikel ini menyatakan tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia dan kebaikannya untuk pembangunan negara.

 

2.

Tajuk        : Bahasa Jiwa Bangsa

URL         : https://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-pendidikan/7137-bahasa-jiwa-bangsa.html

Sinopsis   : Laman ini menerangkan tentang asas ketrampilan berbahasa yang dapat digambarkna melalui masyarakatnya.Umum mengetahui bahawa kita menggunakan bahasa melayu yang menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan dikenali oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan sopan santun.

 

3. 

Tajuk        : Peribahasa Melayu

URL         : https://peribahasamelayu.com/

Sinopsis   : Himpunan pelbagai peribahasa melayu

 

4.

Tajuk        : Puisi Tradisional Melayu 

URL         : https://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/puisi-melayu-tradisional/

Sinopsis   : Pelbagai jenis puisi tradisional melayu yang telah dinyatakan dalam laman ini antaranya seperti pantun, gurindam, syair, endoi, rejang, nazam, dikir/zikir, rubai, masnawi, ghazal, berzanji, seloka, teromba, talibun, mantera dan banayk lagi.

 

5.

Tajuk        : Karangan Autobiografi

URL         : https://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/kautobiografi.htm

Sinopsis   : Huraian mengenai karangan jenis autobiografi dan contoh isi karangan autobiografi.

 

6.

Tajuk        : Rencana Kesihatan

URL         : https://abzahidi2001.tripod.com/kesihatan.htm

Sinopsis  : Pendedahan pelbagai jenis penyakit dan cara perubatan.

 

7.

Tajuk        : Perbahasan Ala Parlimen

URL         : https://www.bumigemilang.com/?p=4227

Sinopsis  : Contoh format karangan perbahasan.

 

8.

Tajuk        : Contoh Karangan Surat Kiriman Rasmi

URL         : https://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/ksuratrasmi.htm

Sinopsis  : Contoh-contoh pelbagai surat kiriman rasmi.

 

9.

Tajuk        : Rumah Tradisional Melayu

URL         : https://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web/intro.html

Sinopsis   : Pengenalan mengenai reka bentuk dan ciri-ciri rumah melayu tradisional.

 

10.

Tajuk        : Kata Ganda

URL         : https://www.pingming.edu.my/malay/kata_ganda.html

Sinopsis   : Pengenalan mengenai jenis-jenis kata ganda dan penggunaannya dalam pelbagai konteks ayat.