Tajuk 14

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

 

Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat

Pengenalan

  • CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
  • Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

 

Jenis-Jenis

Contoh jenis-jenis cakera padat

 

Cara penyimpanan maklumat

  • CD-R (CD-recordable)
        Boleh rakam yang boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM biasa.
        Data hanya boleh dirakam sekali, dan tidak boleh diubah
  • CD-RW (CD-rewritable)
        Boleh ditulis, dipadamkan dan ditulis semula
  • DVD (digital video disc)
        Bahantara storan optikal yang mempunyai muatan lebih tinggi dan besar daripada CD.

 

 

PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :

  • Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahati atau haba yang panas.
  • Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
  • Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat. gunakan alat tulis seperti marker pen
  • Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
  • Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
  • Pegang cakera padat dengan cara yang betul
  • Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.

 

Perbezaan CD dan DVD

CD DVD
dipanggil cakera  DVD pula adalah untuk dua benda iaitu DVD player dan DVD disc
CD boleh menyimpan sehingga 600-700MBytes.

 Manakala DVD boleh menyimpan data sehingga saiz 2GBytes.

jenis player CD player dipanggil CD ROM. DVD player juga dikenali sebagai DVD ROM.
  • Format CD 
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras. 
 
  • Format DVD 
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman. 

 

 

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu

 
Amali 2:
 
a. Ciri-ciri perisian yang baik untuk digunakan dalam p&p bahasa Melayu
b. Buat penelitian terhadap CD yang telah anda beli untuk melihat sama ada mempunyai ciri-ciri perisian yang baik

 

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu

 
Amali :
 
a. Berdasarkan CD pembelajaran  yang telah anda beli, bina RPH  untuk menggunakannya dalam p&p