Refleksi Minggu 13

19/04/2012 11:52

Kami telah menghadiri kuliah pada minggu ini dan menjalani amali berkaitan pembinaan persembahan bahan pengajaran bahasa Melayu. Perisian yang telah kami gunakan ialah "microsoft powerpoint". Pelbagai gambar animasi berkaitan haiwan telah kami cari dan kumpul melalui internet dan membuat pembinaan ayat suku kata dalam bahan pengajaran tersebut. Setiap gambar animasi yang kami sertakan dalam perisian yang digunakan mempunyai beberapa perkataan yang boleh dibaca oleh murid-muird. Kemahiran yang digunakan dalam pengajaran ini ialah melibatkan kemahiran membaca.