Tajuk 12

Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

 

  •      Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  •      Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

 

 

Reka Bentuk Kowser

Anda boleh memilih untuk membina salah satu daripada reka bentuk koswer di bawah, iaitu:

  • Latih tubi
  • Tutorial
  • Simulasi
  • Permainan pendidikan
  •  Penyelesaian masalah

 

1. Latih tubi
  • tujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran
  • seperti buku kerja elektronik
  • diberi siri soalan secara berturutan bagi membentuk kefahaman sesuatu konsep
  • sesuai untuk ulang kaji bagi pelajar yang agak lemah
  • maklum balas bersesuaian akan diberikan serta merta bagi setiap jawapan murid-murid

 

2. Tutorial
  • untuk menjelaskan sesuatu konsep melalui pemberian contoh-contoh yang sesuai
  • diiringi dengan soalan-soalan untuk tujuan pengukuhan
  • jawapan yang diberikan oleh murid-murid dan sejauh mana mereka memahami konsep yang telah dipelajari akan dinilai oleh sistem pembelajaran ini
  • pmurid-murid diberi pilihan untuk mengikuti isi pelajaran mengikut keupayaan mereka

 

3. Simulasi
  • menyediakan suasana pembelajaran yang menyerupai keadaan sebenar
  • komputer akan memberikan visual atau penjelasan tentang sesuatu situasi
  • perisian simulasi yang baik akan mengandungi teks, grafik, video, audio, animasi

 

4. Permainan
  • memberikan keseronokan berdasarkan prinsip kalah atau menang
  • konsep belajar sambil bermain
  • pemberian arahan sangat penting supaya memudahkan murid-murid belajar sambil bermain

 

5. Penyelesaian masalah
  • memberikan pelbagai bentuk masalah untuk diselesaikan
  • empat langkah yang biasa diikuti murid-murid dalam menyelesaikan masalah:

    i. mengenal pasti masalah

    ii. merancang strategi penyelesaian

    iii. mengumpul maklumat untuk menyelesaikan masalah

    iv. Penyelesaian masalah dengan melaksanakan strategi terbaik yang telah dipilih

 

Model Pembangunan Koswer Pengajaran Berbantukan Komputer

Koswer anda hendaklah dibangunkan mengikut Model Sistem Instruksional yang telah dicadangkan oleh Alessi dan Trollip (2001) Model Reka bentuk Sistem Instruksional Alessi dan Trolip mengandungi lapan langkah utama, iaitu:

 Penetapan matlamat pembelajaran dan ciri-ciri pelajar

 Pengumpulan sumber pembelajaran

 Penjanaan idea pembelajaran

 Penyusunan idea pembelajaran

 Penghasilan carta aliran pelajaran di atas kertas

 Penghasilan papan cerita

 Pengaturcaraan isi pelajaran

 Penilaian kualiti dan keberkesanan perisian

 

 

1. Penetapan matlamat pembelajaran dan ciri-ciri pelajar

- kenal pasti dengan jelas perkara yang pelajar perlu ketahui

- analisis keperluan untuk mengetahui ciri-ciri pelajar, keupayaan dan pencapaian mereka

- berdasarkan ciri-ciri pelajar, kenal pasti matlamat atau objektif isi pelajaran

 

2. Pengumpulan sumber pembelajaran

- sumber daripada buku teks, buku ulangkaji, internet, video, cakera padat dll

 

3. Penjanaan idea pembelajaran

- tujuan dijalankan untuk mendapatkan isi kandungan yang tepat, kaedah yang sesuai, objektif pelajaran, latihan dan prinsip-prinsip pembinaan bahan multimedia yang interaktif dan ramah pengguna

 

4. Penyusunan idea pembelajaran

- susun idea pembelajarann dengan sistematik dan dari mudah ke sukar yang menjurus kepada objektif pembelajaran, ciri-ciri pelajar, dan keupayaan komputer

- hasilkan peta konsep supaya isi pelajaran mudah dilihat

 

5. Penghasilan carta aliran pelajaran di atas kertas

- susun isi pelajaran pelajaran secara carta aliran yang sistematik