Tajuk 5

Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 

  •    Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  •    Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  •    Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu

Maklumat Tentang Mod Penggunaan TMK

  • Tutorial
  • Aplikasi
  • Komunikasi
  • Penerokaan

Tutorial

TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. 

 

Komputer terlebih dahulu diberikan satu bank maklumat tentang sesuatu subjek. Ia akan menyampaikan bahan pembelajaran secara urutan dan memberi soalan struktur. Setiap jawapan pelajar kemudiannya disemak dan maklumbalas yang sesuai diberikan. Dalam tutorial yang baik, komputer akan menganalisis tahap pencapaian pelajar. Jika mencapai tahap yang dikehendaki, pelajar boleh meneruskan ke tahap yang lebih sukar, jika sebaliknya pelajar akan disarankan supaya mengulang semula atau pergi ke bingkai bantuan.

Cuba portal ini untuk melihat contoh TMK digunakan untuk Mod Tutorial.

 

http://saujana.sg/Wiyata/permainanbahasasekolahrendah/tabid/3553/default.aspx

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm11.HTM

Aplikasi

TMK digunakan untuk membantu melaksanakan tugasan pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi pemrosesan perkataan, persembahan slaid atau hamparan elektronik

Contoh Mod Aplikasi dalam TMK. Contoh dibawah merupakan modul penggunaan microsof office.

http://office.microsoft.com/en-us/

http://office.microsoft.com/en-us/powerpoint/

Komunikasi

TMK digunakan sebagai alat komunikasi untuk menghantar, menerima, berkongsi atau bertukar-tukar maklumat melalui proses perbincangan serta pembelajaran kolaboratif individu atau berkumpulan. Ini boleh dilakukan melalui ruangan forum, chat, e-mel serta perbualan

Contoh maklumat berkaitan komunikasi menggunakan yahoo mesengger

http://info.yahoo.com/legal/my/yahoo/utos/

 

Penerokaan

TMK digunakan untuk mengakses serta mengumpul maklumat yang releven daripada Internet, CD dan seumpamanya melalui proses inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, kajian dan lain-lain

Penggunaan TMK dengan Mod Penerokaan boleh dilakukan melalui pencarian maklumat di Internet dalam laman-laman web, blog mahu pun wiki. Contoh dibawah merupakan mod penerokaan tentang pengenalan bahasa melayu.

http://pelangipetang89.blogspot.com/search/label/Bahasa%20Melayu

 

 

 

 

Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melaysia

Langkah yang pertama bagi membina tapak pembelajaran ini ialah, anda perlu mencari satu tapak pembelajaran yang anda sendiri inginkan contohnya satu perisian yang menggunakan webnode. Pergi ke enjin carian seperti google dan taipkan kata kunci webnode dan klikkan pada butang carian bersebelahannya seperti paparan yang berada di bawah ini.

 

 

 Apabila anda klikkan pada butang carian, paparan di bawah ini pula akan kelihatan. Klik pada "Personal website".

 

 

Tunggu seketika.

 

 

Setelah itu, anda perlu klikpada butang Sign updan perlu mengisikan alamatemel anda dan kata laluan untuk meneruskan proses pembinaan dengan menggunakan perisian ini.

 

 

Untuk langkah seterusnya, anda harus memilih templat yang anda inginkan. Pelbagai jenis dan contoh-contoh templat akan dipaparkan untuk memudahkan anda memilihnya dan ke langkah seterusnya. Klikkan pada satu templat pilihan anda.

 

 

Setelah anda anda pilih dan klik pada template pilihan anda, hasilnya akan kelihatan seperti paparan di bawah ini. Setelah siap, anda secara terus boleh menguruskan perisian ini mengikut objektif anda tersendiri.

Model Assure

MODEL ASSURE

 

GARIS PANDUAN UNTUK MEMBINA LAMAN WEB PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

ANALYSE LEARNER (ANALISIS MURID)

  • -Tentukan  kelas  sasaran anda
  • -Tentukan  tahap murid  (pandai, sederhana, lemah) sasaran anda
  • -Kenal pasti  pengetahuan sedia anda murid anda
  • -Tentukan gaya pembelajaran murid sasaran anda

STATE OBJECTIVES (TENTUKAN OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN)

  • -Tentukan kumpulan sasaran
  • -Nyatakan bentuk tingkah laku baharu
  • -Nyatakan syarat perlakuan
  • -Nyatakan darjah tahap pencapaian minimum perlakuan

SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIAL (PILIH KAEDAH, MEDIA, DAN BAHAN)

  • -Tentukan kaedah yang sesuai dengan objektif dan cirri-ciri murid
  • -Tentukan pemilihan format media (gambar, petikan, audio, video, grafik yang sesuai
  • -Tentukan pemilihan  bahan sumber  (isi pelajaran-petikan, artikel,gambar dll) yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan murid

 

UTILIZE MEDIA AND MATERIALS (GUNAKAN MEDIA DAN  BAHAN SUMBER)

  • -Pastikan Penggunaan media dan bahan sumber secara berpusat murid
  • -Pastikan Penggunaan media dan bahan sumber sesuai dengan objektif dan murid
  • -Rancang Penggunaan media dan bahan sumber secara menarik minat murid
  • -Rancang Penggunaan media dan bahan sumber menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai (tutorial/penerokaan/komunikasi/simulasi/aplikasi dll)

REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (LIBATKAN MURID DALAMPEMBELAJARAN)

  • -Libatkan murid dengan pelbagai aktiviti yang dirancang
  • -Gunakan pelbagai media dan bahan sumber untuk menarik minat murid

EVALUATE AND REVISE (NILAI DAN SEMAK SEMULA)

  • -Rancangkan  dan bina alat-alat penilaian untuk menilai pengajaran dan pembelajaran murid