Minggu 1

Pada minggu pertama ini kami telah didedahkan dengan satu perisian untuk membuat laman sesawang sendiri dengan menggunakan webnode. Pada minggu pertama ini kami telah mempelajari tentang penggunaan enjin pencari bahan bahasa melayu. Selain itu juga kami telah didedahkan dengan penggunaan imej dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Kemudian kami juga belajar tentang cara-cara menggunakan audio dan video dalam proses p&p bahasa Melayu juga. Disamping itu juga kami dikehendaki bahan atau url untuk dimuat turun menjadi fail internet dan menyiapkan katalog internet.

Pada mulanya kursus ini meyulitkan kami kerana kemahiran kami dalam bidang perkomputeran agak cetek. Namun hasil bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah dan rakan-rakan kami akhirnya berjaya melaksanakan tugasan minggu satu ini dengan sempurna.