Kata Ganti Diri Pertama

Kata Ganti Diri Pertama

 

1.Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang

   yang bercakap.

 

2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang   

    berbentuk jamak.

 

Kata Ganti Diri
Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal)

digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal)

digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal)

digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal)

digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal)

digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak)

digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

kita (jamak)

digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

 

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

 

Bentuk

contoh kata nama diri pertama

tunggal

beta, patik, aku, saya

jamak

kita, kami, kita orang