Refleksi Minggu 7

19/04/2012 11:47

Pada minggu ini, kami diberikan berkaitan pengaplikasian model model pemprosesan maklumat dan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Perkara yang kami telah jalankan pada amali minggu ini ialah mengikuti bengkel model pemrosesan maklumat yang berkaitan sembilan peristiwa Gagne yang berkaitan dengan proses pembelajaran, teori pembelajaran Gagne, penggunaan prinsip P&P Gagne dan lima kategori pembelajaran. pelbagai maklumat yang telah kami peroleh daripada bacaan yang telah dibuat. Selain itu, kami juga telah menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran berdasarkan model pemprosesan maklumat pembelajaran dan memori Gagne.