Refleksi Minggu 5

18/01/2012 23:05

Pada minggu kelima ini, tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tugasan ini memerlukan prosedur pembinaan tapak pembelajaran, prosedur pembinaan laman web pembelajaran dan menggunakannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Untuk tugasan amali pula, kami perlu mencari maklumat tentang mod penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti tutorial, aplikasi, komunikasi dan penerokaan.