Refleksi Minggu 14

19/04/2012 11:53

Kuliah bagi minggu ke-14 ini pula memerlukan kami mencari bahan pembelajaran dalam bentuk cakera padat dan menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap berbantukan cakera padat. Sebuah cakera padat telah kami pili berkaitan dengan kemahiran membaca dan mengeja di samping menyelitkan unsur muzik dan nyayian untuk menarik perhatian murid-murid khususnya. Kuliah telah disampaikan oleh pensyarah dimana beliau telah memberikan serba sedikit penerangan berkaitan kuliah pada minggu ini. Perkara yang perlu kami lakukan untuk amali pada minggu ini ialah meneroka dan mengklafikasikan cakera padat, memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu dan menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran.

Beberapa maklumat tambahan yang telah kami peroleh berkaitan cakera padat dan membuat bacaan secara intensif. Kami juga membuat penelitian tentang ciri-ciri perisian cakera padat dengan baik dan boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.