Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk |
Contoh kata ganti diri ketiga |
tunggal |
ia, dia, beliau, baginda |
jamak |
mereka |
Kata Ganti Diri Ketiga |
Penggunaannya |
baginda (tunggal) |
digunakan untuk raja dan sultan |
beliau (tunggal |
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin |
dia dan ia (tunggal) |
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan |
mereka (jamak) |
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.