Refleksi Minggu 4

18/01/2012 22:56

Pada minggu keempat ini, saya dan ahli kumpulan saya ditugaskan untuk membuat pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Perkara yang perlu kami buat dan pelajari ialah memilih bahan sastera, bahan tatabahasa dan bahan bidang ilmu lain. Dengan dapatan bahan yang pelbagai yang telah dicari dan dikumpulkan, kami telah membuat beberapa pautan atau "link" yang boleh diklik dan dibaca oleh pembaca yang menggunakan perisian webnode ini. Antara bahan-bahan sastera yang telah dikumpulkan oleh kami ialah himpunan pelbagai jenis pantun. Bagi bahan -bahan sastera pula, kami menyediakan pautan berkaitan himpunan golongan kata manakala bagi bahan-bahan bidang ilmu lain pula ialah, ilmu sains, pendidikan seni dan kajian tempatan.