Refleksi Minggu 3

14/01/2012 14:19

Pada minggu ketiga ini, saya dan rakan sekumpulan saya telah diberikan penerangan dan cara memuat turunkan garis panduan dan etika penggunaan internet dan memindahkannya ke dalam bentuk microsoft office, brosure dan microsoft power point. Kami telahmemilih satu petikan teks berkaitan penggunaan e-mel dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Daripada isi kandungan petikan teks tersebut, kami telah mengubahsuai sedikit isi kandungannya serta memindahkannya ke dalam microsoft office.

Setelah itu, kami juga membuat satu persembahan slaid dengan menggunakan microsoft powerpoint. Dengan menggunakan maklumat yang sama iaitu berdasarkan tekspenggunaan e-mel dan internet di sekolah, kami juga memindahkannya ke dalam bentuk brosure menggunakan perisian microsoft publisher.Kemudian, setelah kesemuanya siap, kami memuat turunkan ketiga-tiga bahan tersebut ke dalam perisian webnode yang telah kami bina.

Para pembaca hanya perlu klik pada pautan atau imej yangtelah disediakan.