Refleksi Minggu 10

19/04/2012 11:51

Kuliah dan amali pada minggu ini berkaitan pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran kemahiran bahasa Melayu. Proses pembinaan bahan-bahan ini menitikberatkan penentuan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa, menentukan prinsip pembinaan bahan-bahan tersebut dan membinanya. Bagi menentukan peringkat dan kemahiran bahasa, kami telah membuat perbincangan secara mendalam berkaitan set induksi seterusnya langkah-langkah pengajaran dan set penutup pembelajaran serta menentukan kemahiran bahasa yang digunakan dalam RPH yang akan dibina.

 

Kemudian, menentukan prinsip binaan video dan audio. Kami menggunakan perisisan movie maker dalam proses pembinaan bahan ini. Pelbagai gambar dan video sampingan yang telah dicantumkan dan diserta dengan audio dalam video yang dibina tersebut.