Refleksi Minggu 1

05/01/2012 12:30

Pada minggu pertama ini, kami telah diberi pendedahan mengenai kursus BMM 3105 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer. Kursus ini memerlukan kami mempelajari cara-cara menggunakan website sebagai medium menyampaikan maklumat kepada murid-murid dan orang ramai. Pengajaran dimulakan dengan sesi penerangan mengenai satu laman web iaitu WEBNODE. 

Pada minggu pertama kami telah menyiapkan tugasan iaitu menerangkan cara-cara menggunakan web untuk mencari maklumat berkaitan audio, video dan juga imej. Selain itu kami juga telah mencari beberapa artikel untuk dijadikan sebagai fail internet. Fail-fail internet yang dikumpul akan diberikan peneranan ringkas dan kemudiannya dikatalogkan dengan tersusun.